Khamis,11 Okt 2017
Pada hari Rabu baru ini, sekolah saya telah mengadakan Sukan Tahunan 2017 di padang sekolah.
Sehari sebelum temasya sukan, guru- guru dan murid-murid berganding bahu untuk menghias padang sekolah & rumah sukan.Semua warga sekolah sibuk menjalankan tugas masing-masing.
Upacara temasya sukan bermula dengan perarakan pasukan rumah-rumah sukan masuk ke padang. Kami berdiri tegak untuk menyanyikan lagu "Negaraku",Selepas bacaan ikrar, guru besar menyampaikan ucapan perasmian di atas pentas.
Acara sukan bermula dengan acara sukaneka. Contohnya, lari bawa bola, lari bawa bola ping pong dan banyak lagi acara yang menarik. Selepas itu, acara balapan dan acara padang pun berlangsung. Contohnya, lumba lari 100m, 200m, 400m, 4x100m, lompat jauh, dan lontar peluru.
Sorakan kami telah menyemarakkan semangat kesukanan semua peserta yang bertanding.
Kira-kira pada pukul 12.30 pagi, upacara penyampaian hadiah pun berlangsung. Guru besar & Pengerusi PIBG menyampaikan medal kepada para pemenang. Olahragawan pada tahun ini ialah Aqlan dan olahragawati pula ialah Qistina. Johan keseluruhan pada temasya sukan tahun ini jatuh kepada pasukan rumah Merah.
Temasya sukan tahunan sekolah saya berakhir pada pukul 1:40 petang.