Jumaat, 10 Mac 2017

Latar Belakang Kampung Kuala Telang Kuala Lipis Pahang

Kampung Kuala Telang adalah sebuah kampung kampung tradisional yang didiami oleh 100% penduduk Bumiputera berketurunan Melayu. Menurut cerita lisan dari masyarakat terdahulu kampung ini dibuka pada pada tahun 1895 oleh seorang pedagang berdarah Melayu-Kampar yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Beliau bersama-sama pengikutnya difahami datang ke sini untuk berniaga dan juga melombong emas di merata tempat di hulu Sungai Pahang (Sungai Jelai). Namun begitu sejarahnya tidaklah jelas dan tiada sebarang sumber boleh dibuat rujukan.

Sebelum kedatangan penjajah British, Kampung Kuala Telang terletak di bawah kekuasaan pembesar Negeri Pahang Darul Makmur yang bergelar Dato’ Maharaja Perba Jelai yang berpengkalan di Kampung Bukit Betong, Mukim Batu Yon, Daerah Lipis. Beliau juga mentadbir, memungut cukai dan menjaga keamanan di sepanjang kiri dan kanan tebing Sungai Jelai hinggalah ke hulunya dan termasuklah kampung ini.

Selepas itu, kehadiran British telah mengubah suasana pentadbiran, politik, sosio ekonomi dan budaya penduduk Kampung Kuala Telang. British juga telah melantik Sir Hugh Clifford sebagai Residen yang menjadi Penguasa Hulu Pahang yang berpejabat di Bandar Kuala Lipis.

Semasa itu, kira-kira pada awal tahun 1900an Kampung Kuala Telang telah dijadikan pusat pentadbiran bagi Mukim Telang. Ini adalah disebabkan faktor geografinya, terletak di muara Sungai Telang untuk jalan air/sungai dan di tengah-tengahnya dilalui jalan keretapi menuju ke bandar-bandar, Negeri Kelantan, Negeri Johor dan Singapura. Di kampung ini pada masa itu ada Rumah Penghulu, Sekolah Melayu (Atap), Kedai-kedai dan Masjid. Ketua Kampung Kuala Telang yang pertama dikenali sebagai Tok Kopak.

Beliau berusaha dan berjaya mentadbir Kampung Kuala Telang dengan lebih bersistematik dan dapat mengadakan geran-geran tanah, pusat kutipan hasil tanah dan sebagainya seawal Tahun 1909 lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOSPEN TELANG TAWAN GUA BAMA RELONG LIPIS

22 Mac 2018 09:00 Pagi TB  Alhamdulillah Pagi Tadi XTVT Outdoor Kospen Kuala Telang Hiking Gua Bama Relong Kuala Lipis..Terima Kasih Kepada ...