KUALA LIPIS 10 Nov 2014. - Kampung Kuala Telang di sini yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku dipilih sebagai johan bagi kategori Kampung Tradisional peringkat negeri sempena Pertandingan Keceriaan Bulan Kemerdekaan anjuran Jabatan Penerangan negeri tahun ini.
Kejayaan itu membolehkan kampung berkenaan menerima hadiah wang tunai bernilai RM2,500 yang diterima oleh Ketua Kampung berkenaan, Satmi Osman.
Selain kampung tersebut, satu lagi kawasan yang terletak di DUN Padang Tengku, Mukim Kechau memenangi pertandingan bagi Kategori Anjung Komuniti dengan memperoleh hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan