Khamis, 23 Mac 2017

Ketua Pemuda Lipis & Ketua Belia 4B Cawangan Kuala Telang Cabar Diri


20/03/2016 Ketua Belia Cawangan Belia 4B Cawangan Kuala Telang Saudara Megat Aikrimah Bersama-Sama Rombongan Ketua Pemuda Lipis Saudara Farid Nor Mendaki Bukit Kutu Di Kuala Kubu Bahru..

Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Lata Medang, pasti pernah terdengar mengenai Bukit Kutu. Bukit Kutu ataupun dahulunya dikenali sebagai Treacher’s Hill sememangnya mempunyai pelbagai kesan peninggalan sejarah sewaktu era pemerintahan British dahulu. Nama Treacher’s Hill adalah sempena Sir William Hood Treacher yang menemui tempat ini pada tahun 1893 dan menurut sejarah, Sir WH Treacher, K.C.M.G. telah berkhidmat sebagai Residen British di Selangor dari 1892 hingga 1896.

Kedudukannya di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor sering menjadi tumpuan di kalangan pendaki sebagai tempat latihan mingguan bagi aktiviti pendakian. Walaupun diklasfikasikan sebagai bukit tetapi ianya mempunyai ketinggian setaraf dengan sebuah gunung iaitu di paras 3456 kaki ataupun 1053 meter daripada aras laut.

Berdasarkan sumber sejarah yang aku kupas, dahulunya Bukit Kutu ini telah dijadikan sebagai stesen pemantauan tentera british pada era kolonial British tetapi ianya telah terbengkalai setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Ada juga fakta yang mengatakan, Bukit Kutu ini sering dijadikan tempat peranginan oleh bangsawan-bangsawan British suatu ketika dahulu. Terdapat beberapa kesan peninggalan monumen daripada sebuah banglo lama diantaranya seperti bekas cerobong asap serta 2 buah perigi lama. Dikatakan juga terdapat runtuhan sebuah lot bangunan lama peninggalan tentera British yang berkemungkinan telah dijadikan markas tentera british pada era itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOSPEN TELANG TAWAN GUA BAMA RELONG LIPIS

22 Mac 2018 09:00 Pagi TB  Alhamdulillah Pagi Tadi XTVT Outdoor Kospen Kuala Telang Hiking Gua Bama Relong Kuala Lipis..Terima Kasih Kepada ...