Sabtu, 11 Mac 2017

Sukarelawan Kuipsas, GPMS Bersihkan SK Kuala Telang Terjejas Akibat Banjir

-02 Febuari 2017-

Sukarelawan Kuipsas, GPMS bersihkan SK Kuala Telang terjejas akibat banjir

KUALA LIPIS -  Briged Sukarelawan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bergotong-royong membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Telang yang terjejas akibat banjir.

Naib Pengerusi 1 GPMS Pahang, Azrul Khairi Mohamed berkata, seramai 40 penuntut Kuipsas dan anggota GPMS terpanggil menabur bakti selepas mendapat tahu SK Kuala Telang yang terletak di pesisir Sungai Jelai turut terlibat dalam bencana itu.

“Kita turun beramai-ramai membersihkan keseluruhan kawasan dan bangunan  sekolah ditenggelami air termasuk peralatan sukan, buku, kerusi dan meja yang tidak sempat dipindahkan kerana air Sungai Jelai naik mendadak.

“Program bersihkan sekolah ini kali kedua membabitkan penyertaan penuntut Kuipsas dan GPMS selepas 2014 apabila sekolah ini turut terlibat ketika  bah merah apabila  keseluruhan Kampung Kuala Telang lumpuh ditenggelami air,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Hadir sama, Adun Padang Tengku yang juga Penasihat GPMS Pahang, Datuk Mustapa Long.

Azrul Khairi yang juga Yang Di Pertua GPMS Lipis berkata, komitmen dan tugas sukarela Briged Sukarelawan GPMS dan Kuipsas menzahirkan keprihatinan terhadap pentadbir sekolah, guru serta murid berkenaan supaya  dapat belajar dengan selesa.

“Sebagai organisasi yang sentiasa berjuang membangunkan pendidikan bersama kerajaan khususnya anak bumiputera luar bandar, kita cakna dan bersungguh-sungguh melestarikan tanggungjawab sosial ini di semua sekolah yang terbabit dengan musibah ini,” katanya.

Sementara itu, Sukarelawan GPMS, Wan Muhammad Hafizul Wan Ismail, 30, berkata, Kuipsas dan GPMS negeri turun padang berbakti di sekolah itu selepas banjir surut sebagai tanggungjawab sosial dan mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOSPEN TELANG TAWAN GUA BAMA RELONG LIPIS

22 Mac 2018 09:00 Pagi TB  Alhamdulillah Pagi Tadi XTVT Outdoor Kospen Kuala Telang Hiking Gua Bama Relong Kuala Lipis..Terima Kasih Kepada ...