KUALA LIPIS, 26 JANUARI 2016 -
Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Kuala Telang dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Lipis dan JKKK Kampung Kuala Telang telah mengadakan Program Ekspedisi Berakit Sungai Tanum pada 23 Januari lalu.
Ekspedisi yang disertai seramai 80 belia dan beliawanis ini bermula di Kampung Aur Gading dan berakhir di Kem Rekreasi Pulau Berala, Kampung Kuala Telang sejauh 30 km dengan mengambil masa selama lapan jam.
Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan belia mencintai alam semulajadi serta memberi kesedaran kepada belia bahawa pentingnya menjaga alam semulajadi terutamanya sungai yang menjadi sumber air dan makanan kepada kehidupan. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan semangat kerja berpasukan dan konsep kepimpinan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan