Ahad, 15 Oktober 2017

Bubur Asyura Kuala Telang Rasa Unik

Tarikh : 14 Oktober 2017

Masa: 8.30 Pagi

Tempat: Masjid Ar Rahman Kuala Telang,Kuala Lipis Pahang

Warga Kuala Telang bersama Jawatankuasa Masjid Ar Rahman telah bergotong royong memasak bubur Asyura sempena Bulan Muharram ini. Semua penduduk Kuala Telang tidak kira jantina, bangsa dan pangkat duduk bersama bersepakat menyediakan bubur Asyura. Program seperti ini dapat mengerat silaturrahim dan perpaduan diantara penduduk selain dapat menikmati bubur Asyura yang enak.

Keunikan gotong royong memasak Asyura di Kuala Telang adalah penglibatan Orang Lama yang bersama mengacau dan menyediakan Asyura ini.

Untuk rekod memasak bubur Asyura sempena bulan Muharram ini adalah aktiviti wajib bagi penduduk atau komuniti di negeri Pahang. Bubur Asyura Telang mempunyai rasa yang enak dan unik..

Sabtu, 14 Oktober 2017

Program Gotong Royong Memasak Bubur Asyura Sempena Bulan Muharram Kampung Kuala Telang Kuala Lipis Pahang

Tarikh : 14 Oktober 2017

Masa: 8.30 Pagi

Tempat: Masjid Ar Rahman Kuala Telang,Kuala Lipis Pahang

Warga Kuala Telang bersama Jawatankuasa Masjid Ar Rahman telah bergotong royong memasak bubur Asyura sempena Bulan Muharram ini. Semua penduduk Kuala Telang tidak kira jantina, bangsa dan pangkat duduk bersama bersepakat menyediakan bubur Asyura. Program seperti ini dapat mengerat silaturrahim dan perpaduan diantara penduduk selain dapat menikmati bubur Asyura yang enak.

Keunikan gotong royong memasak Asyura di Kuala Telang adalah penglibatan Orang Lama yang bersama mengacau dan menyediakan Asyura ini.

Untuk rekod memasak bubur Asyura sempena bulan Muharram ini adalah aktiviti wajib bagi penduduk atau komuniti di negeri Pahang. Bubur Asyura Telang mempunyai rasa yang enak dan unik..

Rabu, 11 Oktober 2017

Sukan Tahunan SK Kuala Telang 2017

Khamis,11 Okt 2017

    Pada hari Rabu baru ini, sekolah saya telah    mengadakan Sukan Tahunan 2017 di padang sekolah.
     Sehari sebelum temasya sukan, guru- guru dan murid-murid berganding bahu untuk menghias padang sekolah & rumah sukan.Semua warga sekolah sibuk menjalankan tugas masing-masing.
       Upacara temasya sukan bermula dengan perarakan pasukan rumah-rumah sukan masuk ke padang. Kami berdiri tegak untuk menyanyikan lagu "Negaraku",Selepas bacaan ikrar, guru besar menyampaikan ucapan perasmian di atas pentas.
          Acara sukan bermula dengan acara sukaneka. Contohnya, lari bawa bola, lari bawa bola ping pong  dan banyak lagi acara yang menarik. Selepas itu, acara balapan dan acara padang pun berlangsung. Contohnya, lumba lari 100m, 200m, 400m, 4x100m, lompat jauh, dan lontar peluru.
       Sorakan kami telah menyemarakkan semangat kesukanan semua peserta yang bertanding.
          Kira-kira pada pukul 12.30 pagi, upacara penyampaian hadiah pun berlangsung. Guru besar & Pengerusi PIBG menyampaikan medal kepada para pemenang. Olahragawan pada tahun ini ialah Aqlan dan olahragawati pula ialah Qistina. Johan keseluruhan pada temasya sukan tahun ini jatuh kepada pasukan rumah Merah.
          Temasya sukan tahunan sekolah saya berakhir pada pukul 1:40 petang.

Khamis, 5 Oktober 2017

Tanjak Pahang

Tanjak Pahang

Tanjak atau Tengkolok ialah sejenis pakaian harian orang Melayu di zaman purba. Pada masa kini, tanjak digunakan untuk pakaian tertentu oleh orang-orang tertentu dan lazimnya di kalangan golongan  istana sahaja. Dipercayai bahawa tanjak ini berasal dari Nusantara kerana Negeri Pahang pernah diperintah oleh Empayar Johor-Riau-Lingga dan mempunyai hubungan yang baik dengan Minangkabau dan Bugis. Hal ini telah mengukuhkan bahawa tanjak dibawa dari rantau ini.

Terdapat pelbagai jenis tanjak berdasarkan rekabentuk dan kaedah mengikat. Sebelum tanjak dibentuk, kain tanjak tersebut perlu digerus terlebih dahulu  dengan menggunakan siput gerus agar kain tersebut licin dan berkilat. Gerus ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gerus mentah dan gerus masak. Kain yang menggunakan kaedah gerus mentah tidak dikanji terlebih dahulu manakala kain yang menggunakan kaedah gerus masak kainnya dikanji terlebih dahulu. Terdapat beberapa jenis kain sahaja yang dikhaskan untuk membuat tanjak iaitu Kain Songket, Kain Bugis, Kain Benang Halus, dan Batik Jawa. Tanjak ini hanya dipakai di majlis-majlis rasmi seperti di Majlis Adat Istiadat Di Raja, di Balairong Seri, Istiadat di Balai, di Istiadat Meletak Kerja atau di Majlis-majlis Perkahwinan Di Raja.

Antara jenis tanjak yang terdapat di Negeri Pahang ialah Tanjak Sunda Menggamit yang dipakai oleh Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah. Tanjak Bugis Tak Balik pula sering dipakai oleh Al-Marhum Sultan Mahmud manakala Tanjak Helang Menyunsung Angin dipakai oleh Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah. Semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah, kebanyakkan golongan istana memakai Tanjak Sekelungsung Bunga yang mana warna kain tanjak tersebut sahaja yang membezakan kedudukan si pemakai. Tanjak yang berwarna kuning untuk Sultan, hitam untuk Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Pahang, biru untuk Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang dan merah untuk Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang. Namun, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memakai kembali Tanjak Helang Menyunsung Angin yang pernah dipakai oleh Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah.

Imam Bilal Tok Siok Berkursus Di Maktab IPG

5/10/2017 Seramai 3 orang Terpilih Untuk Kursus Masjid Di Maktab IPG..

Ahad, 1 Oktober 2017

Pelajar UIA Teruja Meronda Sungai Jelai

Pulau Berala Campsite -- 1/10/2017 Pelajar Dari UIA berasa amat teruja sekali dapat melihat alam semula jadi sambil meronda sekitar sungai Jelai.Seramai 31 orang pelajar & 3 bot panjang 1 fiber.Kata seorang pelajar dia amat berseronok sekali berada di kg Kuala Telang.

KOSPEN TELANG TAWAN GUA BAMA RELONG LIPIS

22 Mac 2018 09:00 Pagi TB  Alhamdulillah Pagi Tadi XTVT Outdoor Kospen Kuala Telang Hiking Gua Bama Relong Kuala Lipis..Terima Kasih Kepada ...